SCX1203
PROJECT NO.2
PROJECT BRIEF
OH OH ORIGAMI!
Dalam latihan ini, sebagai permulaan pelajar dikehendaki menghasilkan LIMA karya origami mengikut minat masing-masing, dan menghasilkannya sendiri menggunakan kertas A4 BERWARNA mengikut manual/instruction (sila rujuk buku/internet). Origami yang dipilih haruslah tidak terlalu senang atau terlalu kompleks. Dari 5 origami yang telah dibuat, pensyarah akan membantu anda memilih SATU origami yang sesuai untuk digunakan di dalam projek ini.
Dalam latihan ini, sebagai permulaan pelajar dikehendaki menghasilkan LIMA karya origami mengikut minat masing-masing, dan menghasilkannya sendiri menggunakan kertas A4 BERWARNA mengikut manual/instruction (sila rujuk buku/internet). Origami yang dipilih haruslah tidak terlalu senang atau terlalu kompleks. Dari 5 origami yang telah dibuat, pensyarah akan membantu anda memilih SATU origami yang sesuai untuk digunakan di dalam projek ini.
Contoh manual/instruction untuk
menghasilkan origami / Contoh origami yang siap
Pelajar kemudiannya harus
meneliti bentuk2 satah (plane) pada origami masing-masing dan melukis semula
origami tersebut dari sudut yang pelbagai pada 5 keping kertas A3. (3 atau 4 imej di
setiap kertas). Tujuan lukisan ini adalah untuk pelajar meneliti dan membuat kajian visual terhadap origami yang telah dihasilkan sebelum diteruskan kepada peringkat seterusnya.
Contoh lukisan kajian berdasarkan
origami yang telah dihasilkan
Kemudian, pelajar harus
menghasilkan semula bentuk origami dalam saiz A2 menggunakan mounting
board (sama ada lipat, potong, gam, atau sambungan lain yang sesuai,
double-sided tape etc.) berdasarkan kajian rupa yang telah dibuat untuk menghasilkan replika origami tersebut.
Contoh Karya Akhir
(perhatian : karya ini dibuat menggunakan besi, aluminium dan sebagainya, dan ia hanyalah contoh kepada bentuk hasil karya yang harus dibuat menggunakan mounting board)
CHECKLIST
- Memilih 5 bentuk Origami dan menghasilkannya menggunakan kertas A4 (berwarna)
- Berjumpa pensyarah Lab/Studio untuk memilih satu origami yang sesuai untuk projek
- Menghasilkan 5 keping lukisan kajian (analytical) dalam kertas A3
- Menghasilkan replika origami bersaiz A2 menggunakan mounting board
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Keywords : Geometric shape, origami, sculpture, analytical drawing,
Masa : 2 minggu (dibuat di dalam kelas dan luar kelas)
Objektif
- . Memahami data paling asas (dalam bentuk shape) pada sesebuah objek yang kompleks (dalam projek ini, origami)
- .Menghasilkan lukisan berdasarkan objek sebenar (analitikal)
- . Melatih disiplin visual dalam memahami dan menghasilkan karya separa 3 Dimensi
Pemarkahan
Karya pelajar akan dinilai melalui :
- . Pemilihan origami yang baik untuk tujuan eksplorasi bentuk
- . Penghasilan lukisan analitikal yang baik sebagai proses memahami rupa & bentuk
- . Penghasilan karya origami dari mounting board yang baik - dari segi skala/kadar banding (scale/proportion), persembahan, potongan dan sambungan yang kemas.
Good Luck guys!
Komen di bawah atau jerit di shoutbox untuk apa-apa kemusykilan :)
No comments:
Post a Comment