Thursday, January 29, 2015

XAD! XAD! XAD!

Salam Guys!

Untuk perhatian semua. XAD Tahun 1 akan diadakan pada 10 Februari 2015 (Selasa)

XAD adalah singkatan dari Xhibition and Assessment Day - Salah satu acara khas untuk FTKW di setiap hujung semester membabitkan pameran dan penilaian. Ini macam exam la untuk semua studio-based subject. Sebab itulah ianya wajib.

XAD untuk subjek Lukisan SCX1203 akan dijalankan di sekitar Ground Floor (Laman Monsun, Laman Permai, Foyer, Padang FTKW) atau mana-mana tempat sekitar yang sesuai. Sila rujuk PENSYARAH STUDIO masing-masing berkenaan tempat. Masa berlangsung adalah dari jam 9 pagi hingga 7 petang.

Projek yang akan dinilai adalah Headgear sahaja (berserta lukisan idea). Sila hadir dan PAKAI headgear anda semasa XAD untuk dinilai oleh pensyarah masing-masing! Projek lain yang mungkin juga akan dinilai (kolaj) adalah tertakluk kepada pensyarah masing-masing.

Ok tu je. Komen atau jerit kat Shoutbox sebelah untuk pertanyaan.

Haris Abadi.


Good Luck!

Sunday, December 14, 2014

WEAR YOUR ART!

SCX 1203

PROJECT NO.5
PROJECT BRIEF

FORM : DRAWING - FROM 2D TO 3D

Dalam projek ini, pelajar dikehendaki memilih satu subject matter (Objek, tumbuhan, haiwan, serangga etc.) untuk dikaji dan diolah dalam 5 keping kertas A3 (3-4 lukisan di setiap helaian kertas). Lukisan ini bertujuan untuk meneroka bentuk subject matter dan mengolah secara asas untuk dijadikan topeng/helmet/headgear. (Sila rujuk pensyarah anda untuk pemilihan ini)





Contoh lukisan yang dikaji dan diolah

Kemudian pelajar haruslah menghasilkan satu topeng penuh (full mask/head gear/helmet) yang akan dihasilkan menggunakan gabungan sama ada kadbod/dawai/kertas dan lain-lain bahan yang bersesuaian.  Perkembangan idea dari subject matter anda perlu diseliakan oleh pensyarah masing-masing. Antara teknik yang boleh digunapakai adalah papier mache, vacuumforming dan foam modelling.



Contoh aplikasi teknik papier-mache (salah satu teknik yang boleh digunakan)


Kemudian, pelajar akan mewarnakan karya mereka menggunakan bancuhan cat semburan tin/cat poster untuk tujuan dekorasi + menambahbaik/emphasize bentuk 3D yang dihasilkan.

Keywords : 3D helmet, head-gear, papier mache.

Masa : 4 minggu (dibuat di luar kelas dengan konsultasi berkala bersama pensyarah studio)

Objektif
a       Memahami konsep 3D dan kadar banding berasaskan ukuran manusia.
          Menghasilkan lukisan di atas bentuk 3D
         Memahami konsep pra-produksi dalam penghasilan karya melalui idea development.

Pemarkahan
Karya pelajar akan dinilai melalui :
       Penghasilan headgear yang menarik dari segi pembuatan dan kemasan
       Perkembangan idea awal sehingga akhir proses fabrikasi
 Kefahaman mengenai bentuk 3D

      PERHATIAN : TARIKH ASSESSMENT / PENGHANTARAN KARYA AKHIR UNTUK SELURUH TAHUN SATU ADALAH PADA 12 JANUARI 2015.



EXPLORE! 




Contoh karya-karya akhir

Monday, December 1, 2014

Firestarter!

Salam guys! Pengumuman.

UMK telah menerbitkan sebuah buku hasil karya pelajar dari subjek Lukisan tahun satu (sem2012/2013). Karya Firestarter ini adalah hasil usaha pensyarah lukisan tahun tersebut untuk mendokumentasikan karya-karya pelajar yang cemerlang pada semester tersebut.

Buku ini bukan saja menampilkan karya pelajar tetapi disertakan dengan review dan nota pensyarah meliputi silibus asas lukisan. Sesuai untuk dijadikan bahan rujukan untuk semester ini dan semester akan datang.

Boleh didapati di Library UMK dengan harga pelajar RM30.40. 

Namun sesiapa yang berminat boleh memesan buku ini melalui ketua kelas anda/pensyarah studio masing-masing dengan harga RM26 sahaja sebelum 8 Disember 2014 (Tempoh terhad).

Boleh kutip order sebelum 8 Disember dan serahkan pada pensyarah studio.

Pada sesiapa yang ingin melihat kandungan keseluruhan terlebih dahulu boleh berhubung dengan en Haris Abadi di bilik 4-3-3 FTKW.

Thanks!

Update : Tarikh pembelian buku ini pada harga promosi dilanjutkan sehingga 15hb Disember (Selasa). Sila berhubung dengan ketua kelas/pensyarah studio masing-masing untuk maklumat lanjut.





Monday, November 17, 2014

PROJEK 3 : TEXTURE? MENGGERUTU?



SCX 1203
PROJECT NO.3

PROJECT BRIEF
DRAWING WITH TEXTURE

Dalam latihan ini, pelajar dikehendaki menghasilkan tekstur menggunakan teknik graphite rubbing.(tekap di atas tekstur asal dan mewarnakannya dari atas menggunakan pensil/charcoal pada kertas bersaiz 10cm x 10cm ). Pelajar akan mengumpul koleksi tekstur ini sebanyak 20 keping sekurang-kurangnya (campuran natural texture dan man-made texture – batang pokok, tayar etc). 

 Pernah buat teknik ini?
Hasilkan sekurang-kurangnya 20 tekapan (pastikan memenuhi ruang dengan sekata!)

Kemudian, pelajar akan membuat salinan fotokopi tekstur yang telah dibuat dan menggunakan salinan tersebut untuk menghasilkan kolaj (potongan/koyakan) pada kertas A2. Tema karya adalah bebas : sama ada landscape, portraiture, poster dan lain-lain.

CHECKLIST:
1. Hasilkan 20 keping texture saiz 10cm x 10cm menggunakan teknik graphite rubbing
2. Jumpa pensyarah anda untuk proceed kesemua 20 keping (kualiti!)
3. Hasilkan salinan fotokopi cetakan anda
4. Hasilkan sketch/idea asas untuk karya anda dan consult dengan pensyarah studio
5. Kolaj!

Tips : Hasilkan karya yang MENAIKKAN kualiti tekstur anda, menggunakan tekstur yang bersesuaian

Keywords : Textured drawing

Masa : 2 minggu (dibuat di dalam kelas dan luar kelas)

Objektif
  •           Mengenali variasi dalam tekstur dan kesesuaiannya dengan imej
  •      Menghasilkan lukisan berdasarkan tekstur asal dari alam semulajadi/man-made
  •           Menggunakan teknik kolaj dalam menghasilkan karya

Pemarkahan
Karya pelajar akan dinilai melalui :
  •          Penghasilan imej yang kemas DAN terperinci
  •          Pemilihan imejan asal yang baik, untuk hasil akhir yang baik
  •          Kefahaman mengenai kualiti tekstur dan aplikasinya dalam lukisan
      Contoh Karya:

Perhatikan penggunaan tekstur dalam menghasilkan imej. Baca : KONTRAS!

Contoh karya landskap yang lebih Ekspresif!



Wednesday, October 29, 2014

Soalan Lazim yang berkaitan untuk projek 2 - ORIGAMI

Saya telah menerima banyak soalan berkaitan dengan projek 2 - Origami. Mungkin ada yang tak clear atau masih tak faham. Di sini saya list beberapa FAQ.

1. Boleh tak buat origami yang disambung-sambung dengan banyak sehingga membentuk origami yang besar?
Jawapan : Tidak boleh. Konsep modular tidak sesuai untuk projek ini. Guna origami yang dihasilkan dari sehelai kertas. Jika origami tersebut agak kompleks sedikit dan memerlukan gabungan dua atau tiga kertas, no problem.

2. Boleh tak saya guna mounting board berwarna untuk hasilkan replika origami saya nanti?
Jawapan : Ya boleh.

3. Boleh tak saya warnakan mounting board saya dengan spray can?
Jawapan : Ya boleh selagi ianya kemas dan tidak menjejaskan persembahan akhir karya anda. Namun saya nasihatkan untuk menggunakan mounting board berwarna. Mounting board hitam juga diterima tetapi mungkin menghasilkan karya yang kurang menarik berbanding karya berwarna.

4. Macamana saya nak lukis 5 keping lukisan A3. Dah habis sudut saya tengok.
Jawapan : Lukisan analitikal adalah satu kajian visual, anda boleh lipat, buka separuh atau tunggang terbalikkan origami anda untuk melukisnya. Ia bertujuan untuk memahami bentuk origami anda secara maksimum.

5. Saya buat origami badak sumbu. Boleh tak saya lukis badak sumbu sebenar dalam lukisan saya?
Jawapan : Ya, digalakkan. Ia adalah satu kajian untu mengaitkan pemahaman anda berkenaan bentuk origami anda. Tapi tak perlu banyak-banyak, satu atau dua lukisan yang 'real' mungkin sudah memadai dari kesemua lukisan.

6. Saya buat origami harimau, boleh tak salah satu lukisan saya tu, saya lukis kepala rimau tu sahaja?
Jawapan : Ya, anda boleh lukis sebahagian, close up origami anda jika anda rasa bahagian tersebut perlu dikaji dengan lebih detail.

7. Ada tak contoh lukisan yang baik untuk dirujuk?
Jawapan : Ada, walaupun subjek di bawah bukanlah origami, tapi persembahannya menunjukkan pemahaman yang baik mengenai subjek kajian. Sila lihat gambar di bawah sebagai rujukan.






Anda bebas untuk menghasilkan lukisan analitikal anda, contohnya menambah catatan/tulisan pada kertas. Sila berkarya dengan bebas. But remember, kami mahukan kualiti! Lebih detail lebih baik!

Jika ada soalan-soalan lain berkaitan dengan projek ini, sila nyatakan di bahagian komen. Good luck guys! Be Creative!

Haris


Thursday, October 23, 2014

2nd PROJECT : ORIGAMI - LIPAT JANGAN TAK LIPAT!

SCX1203
PROJECT NO.2
PROJECT BRIEF

OH OH ORIGAMI!

Dalam latihan ini, sebagai permulaan pelajar dikehendaki menghasilkan LIMA karya origami mengikut minat masing-masing, dan menghasilkannya sendiri menggunakan kertas A4 BERWARNA mengikut manual/instruction (sila rujuk buku/internet). Origami yang dipilih haruslah tidak terlalu senang atau terlalu kompleks. Dari 5 origami yang telah dibuat, pensyarah akan membantu anda memilih SATU origami yang sesuai untuk digunakan di dalam projek ini.


Contoh manual/instruction untuk menghasilkan origami / Contoh origami yang siap

Pelajar kemudiannya harus meneliti bentuk2 satah (plane) pada origami masing-masing dan melukis semula origami tersebut dari sudut yang pelbagai pada 5 keping kertas A3. (3 atau 4 imej di setiap kertas). Tujuan lukisan ini adalah untuk pelajar meneliti dan membuat kajian visual terhadap origami yang telah dihasilkan sebelum diteruskan kepada peringkat seterusnya.

Contoh lukisan kajian berdasarkan origami yang telah dihasilkan


Kemudian, pelajar harus menghasilkan semula bentuk origami dalam saiz A2 menggunakan mounting board (sama ada lipat, potong, gam, atau sambungan lain yang sesuai, double-sided tape etc.) berdasarkan kajian rupa yang telah dibuat untuk menghasilkan replika origami tersebut.


Contoh Karya Akhir



(perhatian : karya ini dibuat menggunakan besi, aluminium dan sebagainya, dan ia hanyalah contoh kepada bentuk hasil karya yang harus dibuat menggunakan mounting board)

CHECKLIST
  •        Memilih 5 bentuk Origami dan menghasilkannya menggunakan kertas A4 (berwarna)
  •        Berjumpa pensyarah Lab/Studio untuk memilih satu origami yang sesuai untuk projek
  •        Menghasilkan 5 keping lukisan kajian (analytical) dalam kertas A3
  •        Menghasilkan replika origami bersaiz A2 menggunakan mounting board
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Keywords : Geometric shape, origami, sculpture, analytical drawing,

Masa : 2 minggu (dibuat di dalam kelas dan luar kelas)

Objektif
  1.      .  Memahami data paling asas (dalam bentuk shape) pada sesebuah objek yang kompleks (dalam projek ini, origami)
  2.        .Menghasilkan lukisan berdasarkan objek sebenar (analitikal)
  3.      .   Melatih disiplin visual dalam memahami dan menghasilkan karya separa 3 Dimensi
Pemarkahan
Karya pelajar akan dinilai melalui :
  1.     .   Pemilihan origami yang baik untuk tujuan eksplorasi bentuk
  2.       .  Penghasilan lukisan analitikal yang baik sebagai proses memahami rupa & bentuk
  3.      .   Penghasilan karya origami dari mounting board yang baik - dari segi skala/kadar banding (scale/proportion), persembahan, potongan dan sambungan yang kemas.
Good Luck guys!
Komen di bawah atau jerit di shoutbox untuk apa-apa kemusykilan :)