Wednesday, October 29, 2014

Soalan Lazim yang berkaitan untuk projek 2 - ORIGAMI

Saya telah menerima banyak soalan berkaitan dengan projek 2 - Origami. Mungkin ada yang tak clear atau masih tak faham. Di sini saya list beberapa FAQ.

1. Boleh tak buat origami yang disambung-sambung dengan banyak sehingga membentuk origami yang besar?
Jawapan : Tidak boleh. Konsep modular tidak sesuai untuk projek ini. Guna origami yang dihasilkan dari sehelai kertas. Jika origami tersebut agak kompleks sedikit dan memerlukan gabungan dua atau tiga kertas, no problem.

2. Boleh tak saya guna mounting board berwarna untuk hasilkan replika origami saya nanti?
Jawapan : Ya boleh.

3. Boleh tak saya warnakan mounting board saya dengan spray can?
Jawapan : Ya boleh selagi ianya kemas dan tidak menjejaskan persembahan akhir karya anda. Namun saya nasihatkan untuk menggunakan mounting board berwarna. Mounting board hitam juga diterima tetapi mungkin menghasilkan karya yang kurang menarik berbanding karya berwarna.

4. Macamana saya nak lukis 5 keping lukisan A3. Dah habis sudut saya tengok.
Jawapan : Lukisan analitikal adalah satu kajian visual, anda boleh lipat, buka separuh atau tunggang terbalikkan origami anda untuk melukisnya. Ia bertujuan untuk memahami bentuk origami anda secara maksimum.

5. Saya buat origami badak sumbu. Boleh tak saya lukis badak sumbu sebenar dalam lukisan saya?
Jawapan : Ya, digalakkan. Ia adalah satu kajian untu mengaitkan pemahaman anda berkenaan bentuk origami anda. Tapi tak perlu banyak-banyak, satu atau dua lukisan yang 'real' mungkin sudah memadai dari kesemua lukisan.

6. Saya buat origami harimau, boleh tak salah satu lukisan saya tu, saya lukis kepala rimau tu sahaja?
Jawapan : Ya, anda boleh lukis sebahagian, close up origami anda jika anda rasa bahagian tersebut perlu dikaji dengan lebih detail.

7. Ada tak contoh lukisan yang baik untuk dirujuk?
Jawapan : Ada, walaupun subjek di bawah bukanlah origami, tapi persembahannya menunjukkan pemahaman yang baik mengenai subjek kajian. Sila lihat gambar di bawah sebagai rujukan.






Anda bebas untuk menghasilkan lukisan analitikal anda, contohnya menambah catatan/tulisan pada kertas. Sila berkarya dengan bebas. But remember, kami mahukan kualiti! Lebih detail lebih baik!

Jika ada soalan-soalan lain berkaitan dengan projek ini, sila nyatakan di bahagian komen. Good luck guys! Be Creative!

Haris


Thursday, October 23, 2014

2nd PROJECT : ORIGAMI - LIPAT JANGAN TAK LIPAT!

SCX1203
PROJECT NO.2
PROJECT BRIEF

OH OH ORIGAMI!

Dalam latihan ini, sebagai permulaan pelajar dikehendaki menghasilkan LIMA karya origami mengikut minat masing-masing, dan menghasilkannya sendiri menggunakan kertas A4 BERWARNA mengikut manual/instruction (sila rujuk buku/internet). Origami yang dipilih haruslah tidak terlalu senang atau terlalu kompleks. Dari 5 origami yang telah dibuat, pensyarah akan membantu anda memilih SATU origami yang sesuai untuk digunakan di dalam projek ini.


Contoh manual/instruction untuk menghasilkan origami / Contoh origami yang siap

Pelajar kemudiannya harus meneliti bentuk2 satah (plane) pada origami masing-masing dan melukis semula origami tersebut dari sudut yang pelbagai pada 5 keping kertas A3. (3 atau 4 imej di setiap kertas). Tujuan lukisan ini adalah untuk pelajar meneliti dan membuat kajian visual terhadap origami yang telah dihasilkan sebelum diteruskan kepada peringkat seterusnya.

Contoh lukisan kajian berdasarkan origami yang telah dihasilkan


Kemudian, pelajar harus menghasilkan semula bentuk origami dalam saiz A2 menggunakan mounting board (sama ada lipat, potong, gam, atau sambungan lain yang sesuai, double-sided tape etc.) berdasarkan kajian rupa yang telah dibuat untuk menghasilkan replika origami tersebut.


Contoh Karya Akhir



(perhatian : karya ini dibuat menggunakan besi, aluminium dan sebagainya, dan ia hanyalah contoh kepada bentuk hasil karya yang harus dibuat menggunakan mounting board)

CHECKLIST
  •        Memilih 5 bentuk Origami dan menghasilkannya menggunakan kertas A4 (berwarna)
  •        Berjumpa pensyarah Lab/Studio untuk memilih satu origami yang sesuai untuk projek
  •        Menghasilkan 5 keping lukisan kajian (analytical) dalam kertas A3
  •        Menghasilkan replika origami bersaiz A2 menggunakan mounting board
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Keywords : Geometric shape, origami, sculpture, analytical drawing,

Masa : 2 minggu (dibuat di dalam kelas dan luar kelas)

Objektif
  1.      .  Memahami data paling asas (dalam bentuk shape) pada sesebuah objek yang kompleks (dalam projek ini, origami)
  2.        .Menghasilkan lukisan berdasarkan objek sebenar (analitikal)
  3.      .   Melatih disiplin visual dalam memahami dan menghasilkan karya separa 3 Dimensi
Pemarkahan
Karya pelajar akan dinilai melalui :
  1.     .   Pemilihan origami yang baik untuk tujuan eksplorasi bentuk
  2.       .  Penghasilan lukisan analitikal yang baik sebagai proses memahami rupa & bentuk
  3.      .   Penghasilan karya origami dari mounting board yang baik - dari segi skala/kadar banding (scale/proportion), persembahan, potongan dan sambungan yang kemas.
Good Luck guys!
Komen di bawah atau jerit di shoutbox untuk apa-apa kemusykilan :)