SCX1203
DRAWING : PROJECT NO.1
PROJECT BRIEF
LINGKARAN
Dalam latihan ini, pelajar dikehendaki menyediakan potret diri masing-masing dan mencetak imej tersebut dalam saiz A3. Imej tersebut haruslah dinamik dan tidak statik (elakkan gambar passport!). Dengan ‘menekap’ imej tersebut (rujuk gambar di bawah) menggunakan dua jenis dawai yang mempunyai ketebalan yang berbeza, pelajar dikehendaki menghasikan imejan potret 2D menggunakan dawai tersebut.
Keywords : Line, Gesture, Contour, Cross Contour, wireframe drawing
Masa : 2 minggu (dibuat di dalam kelas dan luar kelas/rumah)
Objektif
- Merangsang psikomotor
- Menghasilkan lukisan berdasarkan pemerhatian (analitikal)
- Melatih kreativiti dan 'decision making' dalam perancangan karya
- Melatih disiplin dalam menghasilkan imej menggunakan medium baru.
Pemarkahan
Karya pelajar akan dinilai melalui :
- Gambaran imej yang menunjukkan kefahaman mengenai subjek dan media
- Persembahan keseluruhan (Disiplin, kekemasan dan kebolehan teknikal)
- Kreativiti dan usaha
Contoh Karya
Sila perhatikan pengunaan saiz dawai yang berbeza dan juga penggunaan dawai dalam menghasilkan garisan yang berterusan (continuous line)
PERHATIAN!
Projek ini haruslah dihantar kepada pensyarah LAB masing-masing pada minggu SELEPAS CUTI HARI RAYA HAJI/AIDILADHA.
Good Luck guys. Please comment di ruangan di bawah jika ada soalan.
Thank you.